Bahasa Malaysia

Mengenai Kami

Kami merupakan firma perundangan yang moden dan berpandangan jauh dengan hasrat untuk menjadikan amalan perundangan lebih relevan dengan arus masa kini. Kami dengan bangganya menyediakan penyelesaian yang pantas, kreatif dan berkesan untuk pelanggan kami.

Para peguam kami mempunyai pengalaman dalam mengendalikan isu-isu perundangan antarabangsa serta tempatan, meliputi pelbagai bidang perundangan termasuk korporat & komersial, penyelesaian pertikaian "dispute resolution", dan perundangan teknologi maklumat.

Kami bermatlamat untuk menjadi lebih daripada peguam anda, tetapi juga sebagai penasihat anda dalam membimbing anda melalui landskap perundangan dan perniagaan yang kian rumit serta membantu anda untuk membentuk keputusan strategik dalam perniagaan anda yang mampu menjemput kejayaan.

Untuk kekal relevan dan berupaya saing, kami menggunakan teknologi inovatif terkini yang dapat membantu kami meningkatkan kecekapan, produktiviti dan mengurangkan kos dalam kegiatan perundangan rutin kami. Sekerap yang mungkin, kami akan berkomunikasi sepenuhnya melalui hubungan atas talian, melalui e-mel, Skype, WhatsApp, Telegram, WeChat atau melalui telefon, dan bersua muka hanya apabila situasi memerlukan (kecuali jika anda ingin bertemu dengan kami!)

 

Mengenai Perkhidmatan Kami

Kami berusaha menyediakan perkhidmatan perundangan serta nasihat yang berkualiti tinggi, praktikal, inovatif, dan relevan. Perkhidmatan kami berasaskan pemahaman yang padu serta mendalam mengenai perniagaan atau situasi komersial klien kami.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan perundangan tradisional dan moden, digabungkan dengan perspektif serta pemikiran yang progresif dalam mencari penyelesaian holistik dan pragmatik yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami.

Kami mengamalkan bidang-bidang berikut:

  • Korporat, Penggabungan & Pengambilalihan
  • Penyelesaian Pertikaian & Arbitrasi
  • Nasihat Perniagaan & Korporat
  • Privasi, Internet & Teknologi
  • Teknologi "Cryptocurrency & Blockchain"
  • Harta Tanah